Tuesday, January 18, 2011

DIA BESAR, AKU KECIL

A : Hey girl, how's your wedding prep?

Me : So far okay la..but I still got a lot of things to do.

A : U ambil bridal house mana ye? Baju tempah kat siapa?

Me : Owh, I ambil kat Butik M, full package dengan dia..Baju pun belum fitting lagi.

A : U nak tau, time I kawen dulu, I ambil full package kat Butik Q. Glamour tau butik tu. Selalu masuk paper and mags. Kalau masuk any competition pasal wedding2 nih, butik ni yang menang tau!

Me : Ye ke? Kat Kuantan ni ada ke butik yang glam macam tu. Tak pernah dengar pun.

A : I berhabis RM$$k tau..duit I sendiri semuanya..Nasib baik I banyak duit. I kan buat bisnes. Eh you belanja kawen ni guna duit siapa?

Me : (dalam hati, perlu ke tanya soalan cmni??) Ada la duit saving sikit2..Wedding I biasa2 je. Buat sekadar yang mampu.

A : Lepas kawen, U duduk mana? Pindah Kl la ye? Mampu ke laki U nak belikan rumah? Gaji dia berapa? Tup2 lepas kawen nanti U terus pregnant, mampu ke nak tanggung anak pulak?


So, this is a piece of dialogue between A and me. It goes daily. Up to one point, nak je I slap dia ni. But, I dah faham sangat dengan perangai keCAKAPBESARannya tu. Bukan I sorang yang jadi mangsa, colleagues lain pun selalu kena sampai tahap malas nak layan. Angguk je la or kalau rajin kami buat muka takjub. Wow hebatnya you ni A! I rasa you ni paling kaya la kat Kuantan ni.

Sometimes, I wonder, apa yang best sangat cakap besar ni? Like A, we know each other pretty well, oh, dia bukanlah anak orang kaya. Orang kampung je okay! Rumah pun biasa2 and of course not in the elite housing area. Kereta pun dah kemek2. Her outfit? Her handbag? Her shoes? Tak pernah rasanya tengok dia pakai Christian Louboutin, Dior, Marc Jacobs, LV etc..paling hebat pun Guess je kot. Itu pun jenama mampu milik.

For me instead, even though I have a small car or a small house; it really doesn't matter. Maybe belum ada rezeki lagi macam orang lain. Insya Allah with faith and effort, akan tercapai jugak impian yang BESAR tu. Tak perlu lah nak cakap besar and merendah-rendahkan orang lain. Rezeki kita pun pinjaman dari-Nya. Kalau Tuhan nak tarik, sekelip mata je. Betul tak A? Hehe..

Monday, January 17, 2011

THE PROPOSAL



1-1-11



That is my date for 'official' proposal. Actually, we didn't plan much for the majlis merisik, it went smoothly even though it happened all in a sudden. His family je yang datang and only my parent, my sister's family and me yang entertained them.

So far so good but it just me who spoiled the day! It really didn't cross my mind when I need to serve them macam org dolu2, tuang air and all sorts of kerja2 perempuan melayu terakhir. Oh I never do this sort of thing. Masa tu, I felt like switching the environment into black and white..really dolu2!

And poor me, when tuang the air, tumpah merata2..Urm of course jadi bahan ketawalah masa tu. So stressful when handling the jug. And yes, until now I blame the jug because not doing good with me. But during lunch time, jug tu pecah because of too hot water poured into it..macam luluhawa kot..haha padan muka kau jug murahan!

Alhamdulillah, the day went well, food pun delicious. My sis yang masak ok, not me! And I'm glad that my mom told my future-MIL yang I don't know how to cook, so senang, nanti tak perlu malu2 beritahu sendiri heh =D



Sunday, January 9, 2011

GUEST BOOK

Having a guest book maybe a new trend for Malay wedding. It is hard to find in store, but I pernah jumpa di Lovely Lace and Russ tapi not much choices. Once I dah jumpa the guest book the other day, I terus grab. Orang tamak memang macam tu. Tapi satisfied lah, because it's white, fit with my English concept for the table deco and ada beads and ribbons. Cute and I love it =)

But, there are some bloggers yang take this opportunity to spread their business. Yeah, by selling their DIY guest books. Cantik-cantik jugak and the best thing is boleh choose ikut your wedding theme.

Here are some links yang jual custom guestbook :

http://sweetdesigncreative.blogspot.com/ - mereka buatkan guestbook for Anne HotFM

grey + pink = cute

http://spreadmyhappiness.blogspot.com/2010/08/order-simple-wedding-guestbook-dari.html

Sorry, ada lagi link tapi dah lupa. Will update bila I ingat nanti.

For more satisfaction, boleh DIY je wedding guest book ni. Or you can use ideas from Martha Stewart. Creative sangat!


Thoughtful tree



Write your wishes and put them in the cute lovely envelopes =)



Simple . Cute



I paling suka idea ni. Very creative and sangat jimatkan kos. Classic and love!



GUESTBOOK TABLE DECO



This would be one of my fav parts for my wedding, having a guestbook table. Too many ideas lingering in my mind, nak buat itu and ini but I need to choose the perfect one. Maybe combination from all the ideas akan jadi yang terbaik.

I want something in English concept, which I prefer white color for decorations. I've already bought artificial roses and some lanterns but the table itself belum ada lagi. I thought of using anything yang ada at my home as the table but unfortunately I couldn't find one. Ada yang rendah sangat, ada yang tinggi sangat and ada yang too big or too small. I have less than 2 months untuk cari the table. Hopefully I will not end up buying it. Cheapskate eh =)

Now, dah jadi trend having a banner or bunting for wedding ceremony. Honestly, I really don't like the idea at all apatah lagi if the bride and groom put their pictures on it. Dah macam banner pilihanraya. If ada banner sekalipun, I prefer one with very simple words and colors and design. Less is more! But, it is from my opinion, others mesti suka je sebab ramai yang apply kan. And actually, most wedding card package comes with the free banner. So, why not if we having one, right? Tapi, I won't hang it for my side. Bagi belah lelaki je. And yes, the banner is the plain one, I don't actually choose the design. Semuanya serahkan pihak lelaki yang buat.

Instead of banner, I will use a poster. Dah tempah and dah dapat pun. Agak regret with the outcome. Frust sangat and dah swear tak kan gunakan khidmat kedai printing itu lagi. It costs me a bomb but nampak macam dua or tiga ringgit je. Just wait and see =(








Tuesday, November 2, 2010

BEDROOM SET


Pink bedroom set. Comel!





Luxurious bedroom set. Siapa punya bilik la ni?

Which one is yours?

Mine would be a simple one, white of course =)

GAJAH PUTIH KESAYANGAN~


Yes! I just got my first wedding present. It's a gajah putih..Ha ha no la~ itu cuma description saja, it is so huge..so big!..I love it to bits..

Thanks mak and ayah =)

READ THIS!


I got this article from the other half and I want to share here..Soon, akan jadi reference after hidup berumahtangga =)


Hukum Isteri Meleteri Suami ......

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.


" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerjarumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnyabuatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suamisendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebihlagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai keranaberbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahu pun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam katalain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrahbagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani merekaseperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yangmenyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suamisebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentangkewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatanmaksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkanbetapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikrajkelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yangkebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihatkaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macamseksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya keranatidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gusdilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandangkepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pulatergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenaihartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yangbekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapijuga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinyakerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadimilik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yangsedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluhkesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perludibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah danmenyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepadasatu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidakmengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawahendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalananak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadikeluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumahmerupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnyawalau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akanmemenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama tarafdengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelakkos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyarakeluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baikkepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pulamenyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yangterbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergaulikeluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-samabelajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.



P/S : Hopefully kami akan hidup bersama dengan penuh keberkatan dan kebahagiaan. Both of us are working, penat pun sama, the thing is perlu banyak tolak ansur and husband and wife saling faham tugas and tanggungjawab masing2.